Sunday, May 3, 2009

INFO LIPAT KAJANG


INFO LIPAT KAJANG

MUKIM:- LIPAT KAJANG. LUAS :- 3,886.6 HEKTAR.

DAERAH:- TEMERLOH.

NEGERI :- PAHANG

BILANGAN PENDUDUK :- 1683 ORANG

PARLIMEN :- P 087 KUALA KRAU YB DATO' ISMAIL BIN MOHAMAD SAID DIMP,SMP,KMN

ADUN :- N 28 KERDAU YB HAJI ZAHARUDDIN BIN ABU KASSIM

PEGAWAI DAERAH TEMERLOH :- YH DATO' DR SALEHUDDIN BIN ISHAK ,DIMP

PENGHULU :- TN HAJI SHAMSUDIN BIN MOHD SAID

EMPAT JAWATAN KUASA KEMAJUAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) :-

NAMA JKKK NAMA KETUA KAMPUNG

1. KG MASJID - TN HAJI IBRAHIM BIN ABDULLAH

2. KG LIPAT KAJANG DARAT - EN BAKHTIAR BIN HAJI HASSAN

3. KG KERAI - EN NORDIN BIN IDRUS

4. KG PAYA PERAK - EN SHAHIDAN BIN KITAM

TOK BATIN ORANG ASLI KG PAYA SENDAYAN - EN RASHID BIN ALI

SUMBER:- KOMUNITI BSETARI LIPAT KAJANG......MUSANI LIPAT KAJANG 04 MEI 2009..


TAHNIAH BELIA LIPAT KAJANG


Tahniah belia-belia Lipat Kajang dan Kg Guntung Kelibang kerana berjaya menganjurkan bersama perlawanan bola sepak 9 sebelah pada 2 Mei 2009,dibawah kepimpinan Shahrunizam bin Awang (Buntat) , dengan penyertaan 15 pasukan ,perlawanan akhir yang menemukan Pasukan Lipat Kajang A dan Pasukan Gen 21 ,yang mana memihak kepada Pasukan Gen 21.

“Surau sekolah boleh digunakan” kata Along jaga sekolah.,bila pengadil mencadangkan perlawanan diteruskan sehingga ke petang.

Wang tunai RM1000.00 untuk tempat pertama,manakala tempat kedua RM500.00 dan tempat ketiga RM250.00 seterusnya tempat keempat juga RM250.00 hadiah wang tunai bersama medal,tempat ketiga jatuh kepada Desa Murni Kerdau manakala tempat ke empat Lipat Kajang B.

Penyertaan RM150.00 satu pasukan,bermakna RM2250.00 terkumpul,hadiah perlawanan,medal,jamuan saguhati pengadil, peralatan, penganjur terpaksa mendapat tajaan pihak lain, walaupun penganjur tidak beroleh keuntungan dari segi wang tetapi semangat anak muda Lipat Kajang amat saya kagumi,gotong royong kemasan padang sebelum dan selepas perlawanan bukanlah pekara mudah,wang ringgit bukan segalanya,perlu kerjasama yang erat dan semangat cintakan kampung.

Saya mencadangkan kepada Pengerusi Belia 4B Lipat Kajang untuk terus meminta tajaan menampung kos.Saya tahu dengan 15 pasukan tidak menampung kos pengendalian untuk penganjur,saya tahu beliau seorang yang berjiwa besar. “Sekurang-kurang kampung kita dikenal dengan bola sepak dan tidak senyap program dengan yang rata-rata disertai orang muda” katanya kepada saya.

“Saya menjadi penasihat program kali ini” kata Othman Chik.Kita perlu groom pelapis dalam aktiviti kampung kita,koi tahu alasan nya tidak tahu tetapi belajarlah” kata Othman Chik kepada saya.Saya setuju pandangan beliau,saya akui dalam penganjuran bolasepak saya kurang memahami tetapi prinsip saya mudah yang penting kita bersatu dalam segala hal untuk kampung.

Saya diminta menjadi pengacara untuk majlis penutup yang dirasmikan oleh Dr Radzuan bin Zaaba Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krau yang membawa salam YB Ahli Parlimen dan YB ADUN Kerdau,Ketua Kampung Masjid Tn Hj Ibrahim bin Abdullah dan Ketua Kg Lipat Kajang Darat En. Bakhtiar bin Hj.Hassan,semua kepimpinan penganjur minta untuk menyampaikan hadiah kepada pemain-pemain.

Hampir setiap tahun belia Lipat Kajang menganjurkan perlawanan bola sepak atau menghantar wakil belia kampung ke mana-mana perlawanan bola sepak,teringat kita kepada dua anak muda kampung ini satu ketika dulu menyarung jersi Pahang,Borhanuddin bin Ismail dan Baharuddin bin Abdullah,tahniah untuk mereka yang kami bangga, pemain Pahang yang datangnya dari kampung Lipat Kajang.

BUKAN MUDAH MENGEKALKAN KEJAYAAN SETELAH MENCAPAINYA..Musani Lipat Kajang.